Search

05 January 2010

Att: 9 SIFAT LELAKI YG BAIK

MENCARI dan menemukan cinta sejati serta pasangan hidup sesuai memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.Ini kerana tidak semua teman atau kekasih yang dikenali bersedia untuk menikahi anda biarpun di penghujung sebuah perjalanan anda mengharapkan si dia lebih daripada teman biasa.Sekian lama manusia cuba mencari makna cinta sejati. Ahli falsafah pun tidak mampu memberi jawapan memuaskan kepada persoalan ini.Apakah ciri lelaki yang boleh dikenali untuk dijadikan teman hidup?

Bukan hanya tempoh perhubungan dengannya menjadi kayu pengukur, namun banyak aspek lain yang boleh diambil kira untuk memastikan si dia benar-benar bakal pasangan hidup anda.

Bagi yang masih mencari dan terus mencari lelaki idaman, mungkin pandangan berikut boleh dijadikan panduan dalam menilai lelaki sebenar untuk dijadikan teman sejati:

(1) Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
(2) Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.
(3) Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.
(4) Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

(5) Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.
(6) Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.
(7) Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.
(8) Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul.

(9)Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.

Jika anda berasa lelaki yang didampingi itu benar-benar memenuhi piawaian ditetapkan atau memang jodoh tersurat dengannya, mungkin anda boleh mulakan bicara untuk membuka mindanya berbincang mengenai masa depan dan perkahwinan.Namun, banyak perkara harus diambil kira contohnya:

· Pasangan yang diajak mengahwini anda mungkin pandai merayu tetapi tidak mampu mempertahankan hubungan.
· Jangan terjebak ilusi romantis semata-mata.
· Hati-hati dengan pasangan yang hanya menabur janji atau sering menghulur hadiah, namun tidak dapat memberikan sokongan pada saat diperlukan.
· Carilah pasangan yang boleh memberikan rasa tenang selain sentiasa bersedia membantu pada saat tertekan dan penuh emosi atau ketika susah mahupun senang.

Antara Produk2 Yg Gagal Di Jepun!!

(1)Produk: Pakej Chopstick+Kipas.
Tujuan: Mempercepatkan proses makan di mana kipas tersebut berfungsi sgb penyejuk.
Sebab Gagal: Berat & sebenarnya menyusahkan.

(2) Produk: Full Cover Umbrella
Tujuan: Lebih melindungi @ melindungi keseluruhan pakaian.
Sebab Gagal: Sukar untuk di tutup.

(3) Produk: Hat Tissue.
Tujuan: Mudah membawa tisu ketika ke toilet.
Sebab Gagal: Agak janggal jika di pakai di atas kepala & memalukan.

(4)Produk: Susu Bapa.
Tujuan: Menggantikan susu ibu apabila bapa mula menjaga bayi ketika ibu tiada di rumah @ sbgnya.
Sebab Gagal: Mane plak leh men ganti2??hik3..xori woo..

(5) Produk: Baju bayi+ mop lantai
Tujuan: Membiarkan bayi merangkak sambil membersihkan rumah.
Sebab Gagal: Ade lak soh baby wat keje..xpatut..xpatut..

*Ingat di negara semaju Jepun xde pe yg gagal..huhu..2la org kate, kite hanya mampu merancang..