Doa Awal Tahun
Bismillahirrahmanirrahim..selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara2 yang telah Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.
Dan aku melakukannya di dalam keadaan Engkau mampu menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa2 itu semua. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya daripada apa yang Engkau menjanjiknku pahala atas yang sedemikian itu.
Maka kami memohon kepada-Mu wahai Tuhan! Yang Maha Agung, Yang Maha Mulia, Yang Maha Pemurah! agar Engkau menerima taubatku itu dan janganlah Engkau menghampakan harapanku Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah..
* dibaca selepas maghrib*
17 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment